Menu
The_Hunchback_of_Notre_Dame Latar belakang dan gambaran umumVictor Hugo mula menulis novel ini pada tahun 1829 setelah memerhatikan keadaan seni bina Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris yang pada ketika itu berada dalam keadaan terbiar atau diubahsuai dengan bahagian dengan seni bina yang lebih moden (yang menurutnya dilihat sebagai sungguh janggal, menyedihkan dan menyakitkan mata); maka beliau menulis novel ini sebagai suatu wahana untuk menyedarkan orang ramai semasanya mengenai keindahan rumah ibadat masyarakatnya - butiran mengenai binaan dan hiasan dari tugu-tugu sehingga ke tingkap kaca berwarna-warninya dituliskan secara terperinci bagi tujuan ini.
Beliau membuat persetujuan dengan penerbitnya, Gosselin, untuk menyiapkan manuskripnya pada lewat tahun sama, namun beliau terpaksa menangguh kerana kesibukannya dengan projek-projek lain lagi-lagi dengan keadaan politik Perancis yang begitu bergolak pada ketika itu; novel tersebut akhirnya dapat disiapkan pada Disember 1830.
Menu
The_Hunchback_of_Notre_Dame Latar belakang dan gambaran umumBerkaitan
The Hardest Singing Show The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 The Hunger Games: Catching Fire The Hunger Games (filem) The Help (filem) The Holdovers The Hunger Games: The Ballad of Songbirds and Snakes The Hotel (drama) The HantusRujukan
WikiPedia: The_Hunchback_of_Notre_Dame